Asmaul Husna 99

Asmaul Husna

Ngobrol-Ngobrol

Hadis Pilihan :
" Sampaikanlah Daku Walau Satu Ayat "
Kongsi

Doa untuk kebaikan didunia dan akhirat
Wahai Tuhan kami ! berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat Dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Doa untuk penerang hati
Wahai Tuhan ku ! lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah segala urusankuDan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku.

Doa untuk mereka yang terdahulu
Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan bagi saudara-saudara kami yg mendahuluiKami dengan beriman dan janganlah Engkau jadikan kedengkian di dalam hati-hati Kami terhadap orang-orang yg beriman ,wahai Tuhan kami ! sesungguhnya Engkau Maha pengasih lagi maha penyayang.

Doa untuk mendapat rahmat Allah
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah engkau Memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripadamu Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan. kecemasan

Doa ketika dalam kesusahan dan kecemasan
Tiada Tuhan melainkan Engkau,maha suci Engkau sesungguhnya aku adalah drpd Golongan orang-orang yg menginaya.

Doa untuk kebahagian sekeluarga
Wahai Tuhan kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami Pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa.

Doa untuk mendapat petunjuk dan rahmat
Wahai Tuhan kami! Berilah rahmat kepada kami dari sisimu dan sediakanlah Petunjuk bagi kami dalam urusan kami.

Doa untuk perlindungan dari gangguan syaitan
Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganmu dari bisikan syaitan dan berlindung Denganmu wahai Tuhan dari kehadiran mereka disisiku.

Doa bertawakkal kepada Allah
Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah kami berserah dan kepada Engkaulah kami Bertaubat dan kepada Engkaulah tempat kembali.Wahai Tuhan kami! Janganlah Jadikan kami fitnah (terpengaruh atau tunduk) bagi orang-orang kafir dan ampunilahBagi kami wahai Tuhan,sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Doa ketika menghadapi sebarang kesakitan
Dengan nama Allah aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaannya Dari kejahatan apa yg aku alami dari penyakitku ini.

Doa husnul khatimah
Ya Allah! Matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau Tamatkan keatas kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan.

Doa selamat
Ya Allah! Kami pohon kepadamu keselamatan pada agama,kesihatan pada badan, Pertambahan pada ilmu,keberkatan pada rezeki,bertaubat sebelum mati,mendapat Rahmat ketika mati dan mendapat keampunan selepas mati. Ya Allah Permudahkanlah keatas kami sakaratulmaut dan terlepas dari api neraka dan
Mendapat keampunan ketika hisab.

Doa hidup dan mati dalam iman
Ya Allah ! hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman Dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kedalam syurga Dengan iman, dengan rahmat mu wahai Tuhan yang pengasih dan penyayang.

Doa selepas wudhu’
Aku mengaku bahawa tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah yg maha Esa Yg tiada sekutu baginya dan aku mengaku bahawasanya Nabi Muhammad itu
Hambanya dan pesuruhnya . Ya Allah jadikanlah aku daripada golongan orang Yg bertaubat dan jadikanlah aku dari golongan orang yg berkebersihan.

Doa selepas Azan
Ya Allah ! Tuhan yg mensyariatkan seruan azan yg sempurna dan solat yg akan Didirikan , kurniakanlah kepada Nabi Muhammad keutamaan dan kelebihan , Kemuliaan dan darjat yg tinggi dan limpahkanlah kepadanya Maqam yg terpuji yg Engkau janjikan.

Doa di waktu Pagi
Ya Allah! Denganmu kami berada diwaktu pagi dan dengan mu kami berada diwaktu Petang dan denganmu kami hidup dan denganmu kami mati dan kepadamu kami Dikembalikan.

Doa di waktu Petang
Kami berada diwaktu petang,segala pemerintahan bagi Allah dan segala kepujian Bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah yang maha Esa yg tiada sekutu baginya.

Doa ketika masuk masjid
Ya Allah! Rahmatilah keatas Nabi Muhammad dan diatas keluarga Nabi Muhammad Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosa-dosaku dan bukalah bagiku segala pintu- Pintu rahmatmu

Category :

Waktu Sekarang







Pelawat

Followers List